Friday, May 10, 2013

Siap Sedia Untuk Audit Persijilan 5S

Semua ZON di Pejabat SUK Selangor, ayuh siap sedia ke arah Persijilan 5S tahun ini. Dimaklumkan tarikh-tarikh Audit berikut:-
20 Mei 2013 : Pra Audit
30 Mei 2013 : Audit sebenar oleh MPC


Selamat berjaya!!

Thursday, April 25, 2013

Video Sempena Perhimpunan 5S

Salam sejahtera. Dikongsikan video semasa Perhimpunan 5S pada 19 April 2013 yang lalu. Untuk makluman warga kerja Pejabat SUK Selangor, video ini juga telah dimuatkan di Intranet SUK untuk capaian dalaman.


video

Audit 5S Pada 25 April 2013

Dimaklumkan bahawa Audit 5S yang keempat akan dijalankan pada 25 April 2013 (Khamis). Semua waga kerja Pejabat SUK Selangor diminta maklum dan bersedia.
Semoga berjaya.

Perhimpunan 5S Pejabat SUK Selangor Pada 19 April 2013

Salam sejahtera. Buat julung kalinya Perhimpunan 5S telah diadakan pada 19 April 2013 lalu bertempat di lobi Bangunan SSAAS, Shah Alam. Terima kasih diucapkan di atas kehadiran semua warga kerja Pejabat SUK Selangor yang beramai-ramai memeriahkan majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu. Kehadiran YB Dato' SUK Selangor, Timbalan SUK dan ketua-ketua jabatan juga nyata menunjukkan komitmen semua peringkat warga kerja dalam penglibatan Amalan 5S di Pejabat SUK Selangor. Dalam majlis tersebut disampaikan pemenang Zon Terbaik, berdasarkan hasil 3 kali audit yang telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Thursday, March 14, 2013

Makluman Audit Dalaman 5S akan bermula pada 14 Mac 2013 di Pejabat SUK Selangor

Thursday, February 28, 2013

Bengkel Garis Panduan 5S

Bengkel menyediakan garis panduan 5S bagi Pejabat SUK Selangor diadakan pada 25 hingga 28 Februari 2013, bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Perumahan EXCO Selangor, Seksyen 7 Shah Alam. Ceramah disampaikan oleh wakil MPC, Encik Lizuan Abd. Latif. Bengkel dijalankan secara 2 sesi iaitu 25-26 dan 27-28 yang dihadiri oleh bakal fasilitator dan juruaudit dari pelbagai lapisan pegawai dan kakitangan Pejabat SUK Selangor. Garis panduan tersebut akan disesuaikan untuk digunakan oleh semua bahagian kelak.

Nota : Gambar berkaitan akan dimasukkan sedikit masa lagi..